About Me

My photo
No women should ever forget that she doesn't need someone who doesn't need her

Wednesday, June 3, 2009

Anak Hebat Dari Ibu Bapa Hebat

Petikan Majalah Pa & MaMei 2009

Andai pasangan suami isteri mahukan anak yang hebat, kata Dr. Robiah, maknanya mereka haruslah menjadi pasangan yang hebat juga. Hebat yang dimaksudkan di sini ialah pasangan yang baik personalitinya, baik mindanya, baik pendidikannya, baik keluarganya dan tidak terkecuali pendapatannya juga mestilah stabil. Dalam erti kata lain, orang yang seimbang dunia dan akhirat.

Jadi, kalau ciri-ciri ini yang diutamakan dalam masa memilih jodoh, maka anda semua tidak perlu bimbang bagaimana untuk membentuk kehidupan berkeluarga selepas berkahwin kelak. Kemudian anda juga perlu mengambil kira tentang makanan harian. Bagaimanakah bentuk kerja yang dilakukan? Adakah kerjanya bercampur dengan riba’, bercampur dengan benda-benda yang tidak cantik atau adakah kerjanya itu memerlukan uniform yang mungkin tidak menutup aurat, atau adakah dia mengambil kira tentang solatnya dan macam-macam lagi?

Semua ini sebenarnya ada kaitannya dengan rezeki iaitu gaji yang seseorang itu dapat kerana semua ini akan menjadi darah daging. Darah daging ibu dan ayah juga darah daging anak-anak yang akan lahir kelak. Setelah dibersihkan segala perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu, perlulah diperhatikan pula hubungan yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat iaitu proses persetubuhan yang berlaku antara suami dan isteri.

Adakah persetubuhan itu dilakukan dengan penuh suci? Mula-mula berwuduk, kemudian berdoa, selepas itu melakukannya dengan cara-cara yang penuh sopan dan akhir sekali berdoa dan bersyukur. Mengamalkan semua ini bermakna pasangan suami isteri itu telah melakukan satu ibadah dan bukan satu proses seksual yang hanya memuaskan nafsu fizikal dan memuaskan kehendak seorang isteri dan seorang suami semata-mata. Jika proses ini berlaku dengan baik, doa yang diangkat sebelum, semasa dan selepas itu akan membantu pembentukan janin yang baik (kalau diizinkan ALLAH SWT).

Sah hamil
Setelah disahkan hamil, pasangan suami isteri mesti melihat apakah aktiviti harian pasangan itu ketika di rumah. Adakah masa mereka dihabiskan dengan menonton televisyen atau cakera padat sahaja ataupun mereka melakukan aktiviti yang boleh menyedarkan mereka kepada tanggung jawab yang bakal datang tidak lama lagi? Ketahuilah bahawa kalau kita inginkan anak yang hebat, maka perlakuan ibu bapa itu harus menuju kepada perkara yang hebat. Contohnya, kalau kita tanyakan bagaimana Imam As Shafie dapat menghafal Al Quran dalam usia 6 tahun seperti mana yang pernah disoal oleh anak muridnya,

"Bagaimanakah tuan guru boleh menghafal 30 juz Al Quran pada usia yang sangat muda?" Maka jawabnya, "Ayah dan ibu saya telah menyediakan saya 25 tahun sebelum mereka berkahwin. Ayahnya seorang hafiz dan ibunya juga menghafal Al Quran maka apabila dua jiwa ini bercantum, lahirlah zuriat seperti Imam As Shafie.

Selain mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah agar sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa, ketika hamil, seseorang ibu itu perlulah menjaga makanannya. Makanan tersebut mestilah yang baik, halal, mesti juga yang benar-benar secucuk dengan jiwa anak dalam kandungan. Maknanya makanan yang cukup zatnya.

No comments: