About Me

My photo
No women should ever forget that she doesn't need someone who doesn't need her

Friday, January 9, 2009

Kenapa aku berubah?

Kenapa aku berubah? Ramai yang bertanya. Kenapa lelaki berubah selepas perkahwinan. Terlalu banyak teori dan hipotesis yang dikeluarkan demi menyelidiki kenapa lelaki berubah selepas berkahwin. Antara teori yang dikeluarkan:-1. Suami dah ada perempuan lain2. Suami dah bosan dan jemu dengan isteri 3. Suami tak bertanggungjawabOleh kerana isteri yang mengeluarkan kenyataan bahawa suaminya yang berubah maka semua yang negatif hanya ada pada suami. Namun adakah benar suami berubah? Atau sebenarnya isteri yang berubah? Tetapi yang ketara adalah perubahan pada suami. Kita perlu berubah.Ramai pakar motivasi menyatakan bahawa kita perlu berubah. Semuanya berubah kecuali perubahan itu sendiri yang tidak berubah. Namun persoalannya adakah berubah ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan. Agak tertarik apabila saya terbaca di satu ruang forum menyatakan bahawa tanggungjawab seorang suami yang begitu berat menyebabkan rasa cinta semakin pudar. Kalau dahulu sebelum berkahwin apa yang dilakukan kerana cinta namun selepas kahwin semuanya kerana tanggungjawab. Perubahan paradigma yang berlaku tanpa disedari menyebabkan lelaki berubah menjadi seorang suami dan tidak lagi menjadi seorang kekasih. Perkahwinan adalah tanggungjawab?Memang tidak dapat dinafikan bahawa bila berbicara tentang perkahwinan, perkataan tanggungjawab tetap tidak dapat dipisahkan. Kalau boleh saya senaraikan:-Nafkah Zahir a. Perbelanjaan harian makan dan minumb. Ansuran rumah/sewa rumah dan bil elektrik, bil air, bil ASTRO, cukai pintu, bayaran perkhidmatan dan ansuran peralatan rumah(jika ada)c. Ansuran kereta, cukai jalan, takaful kenderaan dan minyak serta kos penyelenggaraan kereta serta tol dan tempat letak keretad. Hutang belajar, hutang kad, hutang ceti dan macam-macam lagiNafkah Batin:-a. Melayan nafsu isterib. Melayan telatah anak-anakDan senarainya boleh berterusan. Semua yang tersenarai di atas sedar atau tidak menyumbang kepada tekanan perasaan. Masalah selepas perkahwinanSetiap perkahwinan pasti akan diuji dengan pelbagai masalah. Sama ada masalah zahir mahupun batin. Antara masalah yang boleh disenaraikan:-1. Masalah kewangan2. Masalah orang ketiga 3. Masalah komunikasi4. Masalah kebosanan 5. Masalah seks. Dari senarai di atas masalah no 5 adalah masalah utama yang sering dinafikan menjadi punca kepada semua masalah. Mungkin ramai yang tidak bersetuju sekiranya saya katakan bahawa hubungan seks yang sempurna, lelaki puas dan perempuan juga puas akan menyumbang kepada pengurangan tekanan perasaan dan memberikan kerehatan dan kelegaan mental dan fizikal namun itulah hakikatnya. Sekiranya kita melihat senario hari ini, suami sibuk bekerja dan isteri juga sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga, sering kali kedengaran bahawa kedua dua suami isteri keletihan. Apa tah lagi sekiranya kehadiran anak-anak yang memerlukan perhatian yang lebih. Di sana sini muncul pula Kopi Menaikkan Nafsu Syahwat dengan pelbagai jenama. Kandungan utama tongkat ali, ubi bit merah, ginseng, misai kucing dan macam-macam lagi bagi seorang lelaki dan bagi seorang wanita pula dengan kacip fatimah, kembang semangkuk( Isteri saya ketawa bila saya tulis kembang semangkuk- tak tahu kenapa), madu dan pelbagai rempah ratus (jamu). Ada yang murah, ada juga yang mahal namun berapa ramai pasangan yang sanggup menggunakan sedikit duit( sedikit ??? Sekotak DCL Red Guara Cafe = RM19.80 untuk 16 paket / Sebotol Bidadari - RM53 untuk 22 hari) untuk semua itu. Oleh kerana suami sering menang atau isteri sering menang, masing-masing melakukannya kerana tanggungjawab.Masalah seks bukan hanya pasangan tidak puas namun pelbagai lagi seperti zakar pendek, kendur dan tidak menegang atau mati pucuk khas untuk lelaki dan bagi perempuan, lambat puas, buah dada kendur, punggung leper, faraj longgar dan berair serta berbau. Semuanya menjadi pematah nafsu kepada perhubungan seks. Kesannya tekanan perasaan. Bagi seorang lelaki, tekanannya amat berat bertambah berat setelah ditambah dengan tekanan sedia ada. Apa tah lagi sekiranya hubungan seks ditekankan sebagai nafkah batin. Itu sebabnya ramai suami yang sanggup berbelanja besar demi seks. Tak cukup dengan kopi penaik syahwat, diurut dengan pelbagai bagai kaedah demi memastikan tetap gagah menunaikan tanggungjawab nafkah batin. Tapi bagaimana dengan si isteri? Semakin hari semakin membesar atau mengecil? Yang pasti tetap melonggar dan berkedut.Isteri pula sibuk dengan pelbagai urusan rumah tangga sehingga terlupa pada suami. Urusan makan dan minum diserahkan pada tukang gaji atau chef di warung, Cuma urusan seks yang tidak sanggup disub kontraktor kan kepada madunya kerana bagi dirinya, nafkah batin adalah hak eksklusif untuk dirinya dan bukan tanggungjawabnya untuk memuaskan nafsu si suami. Semakin tertekan perasaan suami. Hidup lelaki dengan tanggungjawab, matinya pun bersama tanggungjawab ?Begitu paradigma seorang lelaki. Semuanya tanggungjawab. Sehingga pada suatu hari dan satu saat, suami itu berkata, aku dah penat dengan tanggungjawab, aku dah letih dengan tanggungjawab dan aku inginkan sedikit ruang untuk lari dan berehat seketika dari tanggungjawab. Di saat itu muncul seorang wanita yang mampu memberikan perhatian dan belaian serta sanggup menjadi seorang pendengar dan membantu merehatkan minda suami dari semua tanggungjawabnya. Jeng jeng ... Jadi bagaimana?

Dipetik dr Sahabat Interaktif

No comments: